Rabu, 10 November 2010

Rujukan & Bibligrafi

Rujukan


Aminuddin, M.Pd (Drs), 1988., Semantik: Pengantar studi tentang makna, Bandung: Penerbit C. V. Sinar Baru.

Cann, R., 1993., Formal semantics : an introduction, Cambridge: Cambridge University Press.

Hofmann, Th. R, 1993., Realms of Meaning: An introduction to Semantics, New York: Longman Publising.

Hurford J. R. dan Heasley B., 1983., Semantics: a coursework, Cambridge: Cambridge University Press.






Bibliografi 

Allan, K., 1986., Lingustic Meaning Vol.2, London: Routledge & Kegan Paul plc.

Heny, F. (ed), 1981., Ambiguities in intensional contexts, Holland: D. Reidel Publishing Company.

Peters, S. dan Saarinen, E. (ed), 1982., Process, Beliefs, and Questions: Essays on Formal Semantics of Natural Language and Natural Language Processing, Holland: D. Reidel Publishing Company.

Selasa, 9 November 2010

Ambiguiti dalam Iklan Bergambar - Iklan Priorin

IKLAN PRIORIN


Iklan di atas merujuk kepada iklan syampu untuk mengembangkan rambut. Dalam iklan ini, menunjukkan seorang wanita yang memperlihatkan buih di atas kepalanya yang berbentuk rambut. Persoalannya, apakah jika memakai syampu itu akan menjadi seperti rambut wanita itu? Terdapat ambiguiti di dalam ini, iaitu:

[Dengan pemakaian syampu ini, buih akan menjadi pengganti rambut]

[Syampu ini akan menghasilkan buih yang banyak]

[Hanya dikhaskan kepada wanita, bukan lelaki].

[Gunakan alat mekap sebelum menggunakan syampu Priorin].

Dari iklan gmbar di atas, apakah syampu itu akan hanya menghasilkan buih yang banyak atau digunakan untuk rambut sahaja? Atau pun syampu itu bukan dikhaskan untuk rambut, hanya untuk mainan buih semata-mata? Kalau difikirkan secara logik, sepatutnya iklan syampu memaparkan rambut model, bukan buih yang berbentuk rambut. Malah kalau pun untuk mengembangkan rambut, mustahil dengan penggunaan syampu ini boleh menghasilkan rambut yang kembang.

Ambiguiti dalam Video Iklan - Iklan Proton

IKLAN PROTON


Iklan ini memaparkan tentang isu keselamatan bagi pemandu kereta daripada syarikat Proton. Dalam iklan ini, mesej yang ingin disampaikan adalah tentang keselamatan pemandu. Tetapi dalam iklan ini juga terdapat ambiguiti di dalamnya iaitu :

[ Tidak digalakkan memandu seorang diri di tengah malam terutama bagi perempuan].

[Hendaklah menjaga kesihatan untuk mengelakkan selesema ].

[Membaca doa supaya tidak diganggu oleh mahkluk halus(hantu)].

[Hantu digalakkan untuk memakai tali pinggang kaledar ketika naik kereta]. 

[Hantu hendaklah bertataterib ketika dalam kereta].


Jadi apakah tujuan yang sebenar bagi iklan ini dengan menggunakan hantu sebagai model untuk menyampaikan mesej tentang keselamatan jalan raya? kenapa tidak menggunakan model yang lain selain hantu? Difikir secara logik, hantu tidak mungkin mematuhi keselamatan jalan raya, juga tidak mungkin memiliki kereta.


Ambiguiti dalam Video Iklan - Iklan Rejoice

IKLAN REJOICE


Dalam iklan ini, selain iklan bergambar, video iklan juga mengiklankan tentang syampu. Iklan syampu di atas memperlihatkan pasangan yang asyik bercinta dan tiba-tiba si lelaki ditampar oleh si perempuan kerana keterlanjuran si lelaki. Ambiguiti yang ada di dalam ialah 

[Jangan memakai syampu ini kerana dikhuatiri seperti perempuan tersebut].

[Rejoice boleh menggalakkan pasangan lebih romantik].

[Mesej untuk lelaki supaya tidak berlaku senonoh dengan perempuan].

Berkemungkinan iklan ini  menunjukkan rambut yang licin dengan penggunaan syampu Rejoice, tetapi apakah kaitan antara syampu dengan pasangan yang bercinta tadi?

Ambiguiti dalam Video Iklan - Iklan Olay


Selain daripada iklan bergambar, iklan video juga ada memperlihatkan ambiguitinya kerana kebanyakkan video iklan jarang menggunakan kata-kata, hanya mempertunjukkan perlakuan-perlakuan dalam menyampaikan mesej yang ingin diberitahu kepada penonton-penonton.

Iklan Olay


Iklan ini memperlihatkan tentang losyen Olay. Iklan ini dalam berbahasa Cina. Dalam video iklan ini, diperlihatkan tukang urut tergelincir daripada badan salah seorang pelanggannya. Terdapat juga ambiguiti dalam iklan ini iaitu:

[tukang urut digalakkan memakai selipar sebelum bekerja]. 

[pelanggan mesti memakai baju untuk mengelakkan pekerja tergelincir].

[Jangan memakai losyen Olay untuk mengelakkan tergelincir].

Apakah maksud yang ingin disampaikan oleh iklan ini dengan menunjukkan lakonan seperti ini? Adakah ingin menunjukkan dengan penggunaan losyen Olay akan dapat melicinkan kulit? Atau ingin menyampaikan mesej yang lain selain daripada itu?

Ambiguiti dalam Iklan Bergambar - Iklan Colgate

Iklan Colgate





Iklan Colgate ini diambil daripada iklan di Thailand. Dalam iklan ini, dua budak perempuan makan makanan manis yang berbeza iaitu ais krim coklat dan gula-gula. Dilihat budak perempuan yang makan ais krim mempunyai berus gigi yang buruk tetapi budak perempuan yang makan gula-gula mempunyai berus gigi yang baik dan bersih. Namun antara keduanya, apakah perbezaan antara kedua-dua makanan manis ini? Kalau dilihat dalam iklan ini terdapat ambiguitinya. 

 [makan gula-gula adalah lebih baik daripada makan ais krim].

[ais krim boleh merosakkan gigi tetapi makan gula-gula tidak akan merosakkan gigi ].

[hadiah percuma/cabutan bertuah dalam makanan].

[Colgate menggalakkan makanan manis seperti gula-gula untuk gigi yang sihat]. 

Apakah yang ingin disampaikan oleh Colgate dalam iklan ini? Berkenaan dengan gigi atau ubat gigi? Atau pun berkenan dengan makanan manis?

Ambiguiti dalam Iklan Bergambar - Iklan Syampu Sedal

IKLAN SYAMPU SEDAL



Iklan gambar ini juga adalah berkenaan dengan syampu. Bezanya dengan syampu Pantene tadi adalah syampu ini menunjukkan di mana dengan memakai syampu ini, rambut yang kusut akan menjadi terurus. Dalam iklan ini, model nya adalah haiwan iaitu singa. Persoalannya adalah adakah syampu ini digunakan untuk haiwan atau manusia? Kalau untuk haiwan, kenapa logo syampu tersebut terpapar wajah seorang wanita. Jelas makna dalam iklan ini berbeza-beza. 

[syampu ini digunakan khas untuk haiwan sahaja]

[haiwan yang berbulu atau mempunyai rambut seperti singa digalakkan untuk memakainya supaya menjadi terurus].

[rambut akan menjadi terurus dengan penggunaan syampu ini].