Selasa, 9 November 2010

Definisi Ambiguiti 4

Ambiguiti Atau Ketaksaan

Ayat yang dapat menghasilkan pelbagai maksud dikatakan ayat yang mempunyai unsur ketaksaan (ambiguity)

Ketaksaan ditakrifan ebagai sifat binaan atau konstruksi yang dapat diberi lebih daripada satu tafsiran

Makna kata/perkataan atau ungkapan dalam ayat yang mempunyai pelbagai kemungkinan tafsiran iaitu lebih daripada satu makna atau tafsiran.

Dengan demikian, ambiguity disebut juga ketaksaan. (5 Oktober 2009)




kesamaran yang memungkinkan dua atau beberapa tafsiran, ketaksaan

Ayat: puisi-puisi M. Ghazali misalnya dianalisis oleh Shahnon melalui kecenderungan ambiguiti yang ketara.




AMBIGUITI salah satu unsur sastera. Ciri-ciri ambiguiti dan ketaksaan penting sebagai satu gejala, tanda dan unsur di dalam karya kreatif. Ia berkait rapat dengan proses kreatif, pemikiran dan ideologi pengarang. Ambiguiti membawa maksud ‘perihal yang kabur atau ‘taksa’ (Kamus Dwibahasa, 2001: 38). Kekaburan atau ketaksaan itu bertujuan untuk menyembunyikan maknanya yang sebenar. Justeru sifat ambiguous menjadi penting dalam karya kreatif sebagai sebuah teks mengandungi makna yang tersirat, yang tidak dikhabarkan dengan jelas oleh pengarangnya.

Ambiguiti diletakkan dalam kategori ‘intuition’ dan bertaraf (degree of evidence) yang sinonim ertinya dengan uncertainty, incertitude, doubtfulness, dubiety, dubiousness, indetermination, slipperiness, fallibility, perplexity, dan hestitation. Memahami maksud intuisi, maka ketaksaan terjadi atau berlaku sebagai satu cara bagaimana seseorang penulis atau pengarang mengambil sikap, dalam rangka mencipta karya dan pemikiran kreatifnya, melalui beberapa kualiti gaya yang bersamaan pula dengan maksud kekaburan (obscurity), di samping kata imperspicuity. Kata sifat: obscure, confused, ambiguous, vague, unintelligible, dan involved ini, kesemuanya diletakkan dalam kelompok ‘Komunikasi Idea’ dalam Roget’s Thesaurus, (1992; 571).






0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama