Selasa, 9 November 2010

Ambiguiti dalam Iklan Bergambar - Iklan Colgate

Iklan Colgate





Iklan Colgate ini diambil daripada iklan di Thailand. Dalam iklan ini, dua budak perempuan makan makanan manis yang berbeza iaitu ais krim coklat dan gula-gula. Dilihat budak perempuan yang makan ais krim mempunyai berus gigi yang buruk tetapi budak perempuan yang makan gula-gula mempunyai berus gigi yang baik dan bersih. Namun antara keduanya, apakah perbezaan antara kedua-dua makanan manis ini? Kalau dilihat dalam iklan ini terdapat ambiguitinya. 

 [makan gula-gula adalah lebih baik daripada makan ais krim].

[ais krim boleh merosakkan gigi tetapi makan gula-gula tidak akan merosakkan gigi ].

[hadiah percuma/cabutan bertuah dalam makanan].

[Colgate menggalakkan makanan manis seperti gula-gula untuk gigi yang sihat]. 

Apakah yang ingin disampaikan oleh Colgate dalam iklan ini? Berkenaan dengan gigi atau ubat gigi? Atau pun berkenan dengan makanan manis?

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama