Selasa, 9 November 2010

Ambiguiti dalam Iklan Bergambar - Iklan Priorin

IKLAN PRIORIN


Iklan di atas merujuk kepada iklan syampu untuk mengembangkan rambut. Dalam iklan ini, menunjukkan seorang wanita yang memperlihatkan buih di atas kepalanya yang berbentuk rambut. Persoalannya, apakah jika memakai syampu itu akan menjadi seperti rambut wanita itu? Terdapat ambiguiti di dalam ini, iaitu:

[Dengan pemakaian syampu ini, buih akan menjadi pengganti rambut]

[Syampu ini akan menghasilkan buih yang banyak]

[Hanya dikhaskan kepada wanita, bukan lelaki].

[Gunakan alat mekap sebelum menggunakan syampu Priorin].

Dari iklan gmbar di atas, apakah syampu itu akan hanya menghasilkan buih yang banyak atau digunakan untuk rambut sahaja? Atau pun syampu itu bukan dikhaskan untuk rambut, hanya untuk mainan buih semata-mata? Kalau difikirkan secara logik, sepatutnya iklan syampu memaparkan rambut model, bukan buih yang berbentuk rambut. Malah kalau pun untuk mengembangkan rambut, mustahil dengan penggunaan syampu ini boleh menghasilkan rambut yang kembang.

Ambiguiti dalam Video Iklan - Iklan Proton

IKLAN PROTON


Iklan ini memaparkan tentang isu keselamatan bagi pemandu kereta daripada syarikat Proton. Dalam iklan ini, mesej yang ingin disampaikan adalah tentang keselamatan pemandu. Tetapi dalam iklan ini juga terdapat ambiguiti di dalamnya iaitu :

[ Tidak digalakkan memandu seorang diri di tengah malam terutama bagi perempuan].

[Hendaklah menjaga kesihatan untuk mengelakkan selesema ].

[Membaca doa supaya tidak diganggu oleh mahkluk halus(hantu)].

[Hantu digalakkan untuk memakai tali pinggang kaledar ketika naik kereta]. 

[Hantu hendaklah bertataterib ketika dalam kereta].


Jadi apakah tujuan yang sebenar bagi iklan ini dengan menggunakan hantu sebagai model untuk menyampaikan mesej tentang keselamatan jalan raya? kenapa tidak menggunakan model yang lain selain hantu? Difikir secara logik, hantu tidak mungkin mematuhi keselamatan jalan raya, juga tidak mungkin memiliki kereta.


Ambiguiti dalam Video Iklan - Iklan Rejoice

IKLAN REJOICE


Dalam iklan ini, selain iklan bergambar, video iklan juga mengiklankan tentang syampu. Iklan syampu di atas memperlihatkan pasangan yang asyik bercinta dan tiba-tiba si lelaki ditampar oleh si perempuan kerana keterlanjuran si lelaki. Ambiguiti yang ada di dalam ialah 

[Jangan memakai syampu ini kerana dikhuatiri seperti perempuan tersebut].

[Rejoice boleh menggalakkan pasangan lebih romantik].

[Mesej untuk lelaki supaya tidak berlaku senonoh dengan perempuan].

Berkemungkinan iklan ini  menunjukkan rambut yang licin dengan penggunaan syampu Rejoice, tetapi apakah kaitan antara syampu dengan pasangan yang bercinta tadi?

Ambiguiti dalam Video Iklan - Iklan Olay


Selain daripada iklan bergambar, iklan video juga ada memperlihatkan ambiguitinya kerana kebanyakkan video iklan jarang menggunakan kata-kata, hanya mempertunjukkan perlakuan-perlakuan dalam menyampaikan mesej yang ingin diberitahu kepada penonton-penonton.

Iklan Olay


Iklan ini memperlihatkan tentang losyen Olay. Iklan ini dalam berbahasa Cina. Dalam video iklan ini, diperlihatkan tukang urut tergelincir daripada badan salah seorang pelanggannya. Terdapat juga ambiguiti dalam iklan ini iaitu:

[tukang urut digalakkan memakai selipar sebelum bekerja]. 

[pelanggan mesti memakai baju untuk mengelakkan pekerja tergelincir].

[Jangan memakai losyen Olay untuk mengelakkan tergelincir].

Apakah maksud yang ingin disampaikan oleh iklan ini dengan menunjukkan lakonan seperti ini? Adakah ingin menunjukkan dengan penggunaan losyen Olay akan dapat melicinkan kulit? Atau ingin menyampaikan mesej yang lain selain daripada itu?

Ambiguiti dalam Iklan Bergambar - Iklan Colgate

Iklan Colgate





Iklan Colgate ini diambil daripada iklan di Thailand. Dalam iklan ini, dua budak perempuan makan makanan manis yang berbeza iaitu ais krim coklat dan gula-gula. Dilihat budak perempuan yang makan ais krim mempunyai berus gigi yang buruk tetapi budak perempuan yang makan gula-gula mempunyai berus gigi yang baik dan bersih. Namun antara keduanya, apakah perbezaan antara kedua-dua makanan manis ini? Kalau dilihat dalam iklan ini terdapat ambiguitinya. 

 [makan gula-gula adalah lebih baik daripada makan ais krim].

[ais krim boleh merosakkan gigi tetapi makan gula-gula tidak akan merosakkan gigi ].

[hadiah percuma/cabutan bertuah dalam makanan].

[Colgate menggalakkan makanan manis seperti gula-gula untuk gigi yang sihat]. 

Apakah yang ingin disampaikan oleh Colgate dalam iklan ini? Berkenaan dengan gigi atau ubat gigi? Atau pun berkenan dengan makanan manis?

Ambiguiti dalam Iklan Bergambar - Iklan Syampu Sedal

IKLAN SYAMPU SEDAL



Iklan gambar ini juga adalah berkenaan dengan syampu. Bezanya dengan syampu Pantene tadi adalah syampu ini menunjukkan di mana dengan memakai syampu ini, rambut yang kusut akan menjadi terurus. Dalam iklan ini, model nya adalah haiwan iaitu singa. Persoalannya adalah adakah syampu ini digunakan untuk haiwan atau manusia? Kalau untuk haiwan, kenapa logo syampu tersebut terpapar wajah seorang wanita. Jelas makna dalam iklan ini berbeza-beza. 

[syampu ini digunakan khas untuk haiwan sahaja]

[haiwan yang berbulu atau mempunyai rambut seperti singa digalakkan untuk memakainya supaya menjadi terurus].

[rambut akan menjadi terurus dengan penggunaan syampu ini].

Ambiguiti dalam Iklan Bergambar - Iklan Pantene Hair Fall Control

IKLAN PANTENE HAIR FALL CONTROL


Apakah maksud yang ingin disampaikan dalam iklan ini? Iklan ini merupakan iklan syampu Pantene yang menyatakan dengan penggunaan syampu Pantene Hair Fall Control tidak akan mengalami pengguguran rambut. Dalam iklan bergambar ini, terdapat ambiguiti yang ditunjukkan, iaitu:

  [perempuan tersebut merupakan doktor bedah]

[doktor bedah tidak ingin memakai topi bedah kerana takut rambutnya jadi tidak terurus].

[doktor bedah tersebut hanyalah seorang model untuk mengganti doktor bedah yang sebenar]. 

Terdapat beberapa kemungkinan dalam gambar ini. Apakah awda nampak maksud sebenar yang ingin disampaikan oleh iklan tersebut? Jelas sekali, iklan ini hanya menampakkan doktor bedah yang ingin membedah pesakit tetapi apakah kaitan antara syampu hair control dengan doktor bedah?

Definisi Peranan dan Elemen Iklan

Definisi Iklan
Iklan adalah setiap bentuk komunikasi yang dimaksudkan untuk memotivasi seseorang pembeli potensial dan mempromosikan penjual suatu produk atau jasa, untuk mempengaruhi pendapat publik, memenangkan dukungan publik untuk berpikir atau bertindak sesuai dengan keinginan si pemasang iklan.

Menurut Paul Copley, advertising is by and large seen as an art – the art of persuasion – and can be defined as any paid for communication designed to inform and/ or persuade. Dimana iklan adalah sebuah seni dari persuasi dan dapat didefinisikan sebagai desain komunikasi yang dibiayai untuk meninformasikan dan atau membujuk.

 Peranan Iklan 

“Advertising can be used to build up a long-term image for a product or trigger quick sales ”. Artinya, iklan dapat digunakan untuk membangun citra jangka panjang untuk suatu produk atau sebagai pemicu penjualan-penjualan cepat. Disadari atau tidak, iklan dapat berpengaruh tetapi juga dapat berlalu begitu cepat. Iklan sangat unik karena iklan dapat mencapai tujuan meskipun disampaikan dengan panjang lebar dan terkadang membingungkan.
Elemen-Elemen Iklan 
Iklan suatu produk sesuai dengan keinginan atau dapat menarik perhatian masyarakat maka diperlukan elemen-elemen iklan sebagai berikut :

Elemen heard words
Maksudnya adalah kata-kata yang terdengar dalam iklan yang dapat membuat audiens semakin mengerti akan maksud pesan iklan yang disampaikan.

Elemen music
Maksudnya adalah musik yang terdapat dalam tayangan iklan termasuk iringan musik maupun lagu yang ditampilkan.

Elemen seen words
Maksudnya adalah kata-kata yang terlihat pada tayangan iklan yang dapat mempengaruhi benak pemirsa.

Elemen picture
Maksudnya adalah gambar atau tayangan iklan meliputi obyek yang digunakan, figur yang digunakan, adegan yang ditampilkan.

Elemen colour
Maksudnya adalah komposisi atau keserasian warna gambar serta pengaturan cahaya yang terdapat dalam tampilan tayangan iklan.

Elemen movement
Maksudnya adalah gerakan yang ada terlihat pada tayangan iklan yang dapat mempengaruhi emosi seseorang untuk larut di dalamnya meliputi fragmen cerita dari adegan yang ditampilkan






untuk maklumat sepenuhnya, sila rujuk di laman web: Kuliah komunikasi: definisi iklan, Efek dan Iklan korporat

Definisi Ambiguiti 4

Ambiguiti Atau Ketaksaan

Ayat yang dapat menghasilkan pelbagai maksud dikatakan ayat yang mempunyai unsur ketaksaan (ambiguity)

Ketaksaan ditakrifan ebagai sifat binaan atau konstruksi yang dapat diberi lebih daripada satu tafsiran

Makna kata/perkataan atau ungkapan dalam ayat yang mempunyai pelbagai kemungkinan tafsiran iaitu lebih daripada satu makna atau tafsiran.

Dengan demikian, ambiguity disebut juga ketaksaan. (5 Oktober 2009)




kesamaran yang memungkinkan dua atau beberapa tafsiran, ketaksaan

Ayat: puisi-puisi M. Ghazali misalnya dianalisis oleh Shahnon melalui kecenderungan ambiguiti yang ketara.




AMBIGUITI salah satu unsur sastera. Ciri-ciri ambiguiti dan ketaksaan penting sebagai satu gejala, tanda dan unsur di dalam karya kreatif. Ia berkait rapat dengan proses kreatif, pemikiran dan ideologi pengarang. Ambiguiti membawa maksud ‘perihal yang kabur atau ‘taksa’ (Kamus Dwibahasa, 2001: 38). Kekaburan atau ketaksaan itu bertujuan untuk menyembunyikan maknanya yang sebenar. Justeru sifat ambiguous menjadi penting dalam karya kreatif sebagai sebuah teks mengandungi makna yang tersirat, yang tidak dikhabarkan dengan jelas oleh pengarangnya.

Ambiguiti diletakkan dalam kategori ‘intuition’ dan bertaraf (degree of evidence) yang sinonim ertinya dengan uncertainty, incertitude, doubtfulness, dubiety, dubiousness, indetermination, slipperiness, fallibility, perplexity, dan hestitation. Memahami maksud intuisi, maka ketaksaan terjadi atau berlaku sebagai satu cara bagaimana seseorang penulis atau pengarang mengambil sikap, dalam rangka mencipta karya dan pemikiran kreatifnya, melalui beberapa kualiti gaya yang bersamaan pula dengan maksud kekaburan (obscurity), di samping kata imperspicuity. Kata sifat: obscure, confused, ambiguous, vague, unintelligible, dan involved ini, kesemuanya diletakkan dalam kelompok ‘Komunikasi Idea’ dalam Roget’s Thesaurus, (1992; 571).






Definisi Ambiguiti 3

Dalam buku yang dibuat oleh Hurford J. R. dan Heasley B. yang bertajuk Semantics: a coursework, (1983:121) dinyatakan, perkataan atau ayat yang ambigious adalah apabila ianya mempunyai lebih daripada satu ketaksaan. Sesebuah ayat menjadi ambigious jika mmepunyai dua(atau lebih) ringkasan, bukan meringkaskan satu sama lain.
Contoh ayat adalah,
We saw her duck
ada dua makna bagi contoh ayat di atas, iaitu makna yang pertama [we saw her lower her head] manakala makna yang kedua ialah [we saw the duck belonging to her]. Kedua-dua makna bagi contoh ayat ini, maknanya tidak berkaitan. Jadi ayat [we saw her duck] adalah ambiguous.

Definisi Ambiguiti 2

Sementara dalam buku Semantik: Pengantar studi tentang makna ( Drs Aminuddin, M.Pd, 1988:19-20), Ambiguity berkaitan dengan ciri ketaksaan makna dari suatu bentuk kebahasaan.

Misalnya “bunga” dapat berkaitan dengan “bunga mawar”, “bunga melati”, “bunga anggrek” maupun “gadis”. Begitu juga untuk menentukan makna kata tinggi, bisa, mampu, seseorang harus mengetahui di mana konteks kata itu berada. Dalam dunia kepenyairan, kesamaran dan ketaksaan makna itu justru dimanfaatkan untuk memperkaya gagasan yang disampaikannya.

Contoh syair yang dinyatakan oleh penyair Goenawan Mohammad,

Akupun tahu: sepi kita semula
bersiap kecewa, bersedih tanpa kata-kata
Pohon-pohon pun berbagi dingin di luar jendela
mengekalkan yang esok mungkin tak ada

Pada pandangan sudut yang lain, ianya bukan hanya menggambarkan suasana sepi, dingin yang dibagi pohon-pohon maupun esok yang mungkin tidak ada, melainkan juga mampu membawa pembaca kepada pemikiran filosofis tentang hakikat keberadaan manusia serta kehidupan itu sendiri.

Berdasarkan contoh di atas, kesamaran dan ketaksaan makna sesuatu bahasa sebenarnya juga akibat ‘kelebihan” bahasa itu sendiri yang memiliki multifungsi. Selain berfungsi simbolik, bahasa juga memiliki fungsi emotif dan afektif. Selain itu, adanya sinonimi, hiponimi, maupun polisemi juga menjadi faktor penyebab kesamaran dan ketaksaan makna. Sejumlah masalah tersebut, secara lebih lengkap akan dibahas tersendiri di belakang nanti.