Ambiguiti dalam Iklan Bergambar - Iklan Priorin
IKLAN PRIORIN
Iklan di atas merujuk kepada iklan syampu untuk mengembangkan rambut. Dalam iklan ini, menunjukkan seorang wanita yang memperlihatkan buih di atas kepalanya yang berbentuk rambut. Persoalannya, apakah jika memakai syampu itu akan menjadi seperti rambut wanita itu? Terdapat ambiguiti di dalam ini, iaitu:
[Dengan pemakaian syampu ini, buih akan menjadi pengganti rambut]
[Syampu ini akan menghasilkan buih yang banyak]
[Hanya dikhaskan kepada wanita, bukan lelaki].
[Gunakan alat mekap sebelum menggunakan syampu Priorin].
Dari iklan gmbar di atas, apakah syampu itu akan hanya menghasilkan buih yang banyak atau digunakan untuk rambut sahaja? Atau pun syampu itu bukan dikhaskan untuk rambut, hanya untuk mainan buih semata-mata? Kalau difikirkan secara logik, sepatutnya iklan syampu memaparkan rambut model, bukan buih yang berbentuk rambut. Malah kalau pun untuk mengembangkan rambut, mustahil dengan penggunaan syampu ini boleh menghasilkan rambut yang kembang.


0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama